<< February 2010 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed
Nov 23, 2007
anda tau kelajuan internet anda 20% di ambil m*crosoft?

20% daripada kelajuan internet kita m*crosoft dah rembat@ambik@klepet atau apaČ lah...
so apa lagi...jom ambik balik!!!!!

ni aku ajo caraČnyer..
 
Click Start-->Run-->type "gpedit.msc" tanpa "

pastu bukak group policy .then ikut macam nie..

-->Computer Configuration-->Administrative Templates-->Network-->QOS Packet Scheduler-->Limit Reservable Bandwidth

double klik kat Limit Reservable Bandwidth

kat situ nanti korang nampak dia tick kat "not configured" ...
so sekarang klik enable...then nampak tak 20 tu??itu la speed yg telah digunakan
M*crosoft .so apa lagi...tuko dia jadi ' 0 '...


ok siap...

trick ni tak mendatangkan masalah langsung kat pc korang...
available for xp/2000 lainČ os aku tak tau plak..

try le.......aku dah cuba nmpk mcm laju skit...

Posted at 09:13 am by rokerzin
Comments (3)  

Nov 14, 2007
Sammy Velu......n......Seposen

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.

Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi
matahari. Barulah USA , Russia , respect sama kita...."


Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergi
sana?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri. Saya suda lebey 30 tahu 
jadi mintri,
saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang, manyak panas.
kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......




Seposen

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas
ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.


Anak : Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah : Eh, Pak Abu tak jemput Man ke hari ni?
Anak : Tak.
Ayah : Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak : Ada, ayah tapi kurang seposen.
Ayah : Tambang bas berapa sen?
Anak : 60 sen.
Ayah : Man ada berapa sen?
Anak : 50 sen saja.
Ayah : Habis tu, macamana man bayar tambang?
Anak : Man ada 50 sen, Man buat muka seposen. Cukuplah jumlahnya 60 sen.
Ayah : ??????





Posted at 10:26 am by rokerzin
Comment (1)  

Nov 6, 2007
Sahabat !!!

Kisah ini ditulis oleh penulis yg aku tak kenali....
Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung.Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya.

Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya
sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
Naim kelihatan murung. "Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
"Cadangnya gitulah!"
"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja. "Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la! boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati. "Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang. "Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal.

Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang.

Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke!sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun
bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa
berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling.. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah. "Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
"Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan.

Abdul Naim bin Malik.
16 September 1984 - 27 Oktober 2006!

Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.
"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih
kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana!

moralnya : jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar
(panjang sgt ke....??)

 


Posted at 11:57 am by rokerzin
Comments (2)  

Nov 1, 2007
Khasiat KeNtuT

 WASHINGTON : Ia mungkin melucukan dan dianggap tidak masuk akal tetapi pegawai kesihatan persekutuan Amerika Syarikat (AS) dijangka segera mengeluarkan laporan yang memberi amaran kepada umum mengenai faedah kentut.

"Kentut, jika kerap dihidu boleh menyembuhkan perbagai penyakit berbahaya seperti
sakit kepala, gangguan pada mata, emfisema, lelah, bronkitis sakit jantung dan lain lain."Setiap tahun, kira-kira 130,000 rakyat AS telah pulih daripada perbagai penyakitdisebabkan menghidu kentut dan ramai lagi berasa lega daripada penyakit serius kerana terlalu lama terdedah kepada keadaan itu," kata seorang doktor yang bertugas dengan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) AS.

Katanya, orang ramai mesti menyedari menghidu kentut sebenarnya
menabah khasiat untuk kesihatan orang lain.  
Menurut laporan yang akan dikeluarkan CDC, setiap
tahun kentut mempulihkan 800 kes serangan jantung, 250 kes angin ahmar,30,000 lelah dan 50,000 kes sakit telinga. Disebabkan masalah makanan tidak teratur, kini ramai rakyat Amerika menghidap kembung perut.
Menurut laporan itu, purata penduduk AS kentut 14 hingga 23
kali sehari.  

Moral of the story : Kentutlah merata-rata tempat
Ingatlah orang-orang yang tersayang!!

Posted at 09:33 am by rokerzin
Comment (1)  

Oct 29, 2007
Liverpool draw lagi........arghhhh........



Tension betul tengok game malam tadi Liverpool vs Arsenal........patut Liverpool dah bleh menang......
bukan susah sangat nak titik Arsenal tu......budak-budak jer yang main......Liverpool dah leading 1 - 0 awal-awal lagi.......7 minutes lepas sepak mula. Saspek giler la kat Gerard........free kick dia mesti gol punya......huhuuhu.......arsenal is very lucky ada good player mcm fabregas score last 10 minutes before game ended.  tp aku memang saspek la kat semua Arsenal players.......they have good and young players for long term. But.........

Liverpool still the best team and the team for me.
You'll Never Walk Alone




Posted at 12:05 pm by rokerzin
Comments (3)  

Oct 27, 2007
27 Okt 2007


finally siap gak first phase blogdrive aku nie.....sabtu lepas aku kena keja sama2 dengan beberapa org kwn se ofis yg lain, dah le hari nie kita orang ada plan 'baek punya'. jemputan.....org kawin la, open house pun byk......tengah dok boring keja n lepak aku buat la blogdrive nie atas bantuan sorang member. nie baru permulaan......byk lagi yg nak di share ngn korang semua. lain kali la aku citer.....
sekarang nie aku and the gang kena rush pegi melaka, member satu opis kawin da. aku bila????.......lambat lagi kot.....muda lagi what. hehehee.....jodoh tak sampai lagi......tp aku plan dalam bulan 12.......tahun tak pasti lg. hehehee.......



Posted at 12:19 pm by rokerzin
Comments (5)